Ramadan Kembali Untuk Kita Rebut Pahala



Rasulullah SAW bersabda: 


"Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(HR Muslim)


===================
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini. 

Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”

(HR At-Tirmidzi)


Sepanjang bulan Ramadan ini, rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ialah;

 BERSAHUR 

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR Bukhari)

 MEMPERBANYAKKAN DOA 

MasyaAllah, betapa istimewanya doa umat islam ketika bulan Ramadan. Doanya tidak akan ditolak sama sekali! Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin Amr' RA berkata, Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)


 SEDEKAH RAMADAN/ MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA 

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya ketika ketibaan bulan Ramadan. Infaq berbuka puasa adalah salah satu sedekah yangh ringan namun besar pahalanya.


 “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,

maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut,

tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

 (HR Nasa’i dan Tirmidzi)



===================

ANTARA PAKEJ-PAKEJ RAMADAN

✅ ​PAKEJ PLATINUMRM 1000
✅ ​PAKEJ GOLDRM 500
✅ ​PAKEJ SILVERRM 300
✅ ​PAKEJ BRONZERM 100
✅ ​PAKEJ AMALRM 50
✅ ​PAKEJ SEIKHLAS HATI

RM 30



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej Makanan Prihatin – RM30 Menyediakan makanan asas untuk keluarga ibu tunggal yang memerlukan.
PAKEJ GOLD - RM 500
PAKEJ SILVER - RM 300
PAKEJ BRONZE - RM 100
PAKEJ AMAL - RM 50
PAKEJ SEIKHLAS HATI - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN